Filem Melayu semakin lesu dan layu?

Apa sudah jadi dengan filem kita, terutama filem Melayu?
Semakin lesu dan layu saja. Berbanding tiga atau lima tahun lalu, promosi atau cerita pasal filem Melayu sentiasa menjadi bahan utama dalam akhbar, majalah dan tidak kurang juga portal hiburan.
Hari ini agak pelik. Semakin banyak filem Melayu diterbitkan, macam semakin kurang pasal publisiti dan promosinya. 
Hari ini, walaupun semakin banyak media sosial dan portal hiburan, tetapi tidak banyak yang memperkatakan pasal filem tempatan. 
Panggung wayang juga semakin banyak. Setiap kali ada shopping complex baru buka, selalunya ada panggung wayang atau cineplex dibina juga.
Aku tidak hendak untuk bercakap pasal statistik filem tempatan yang sudah siap dan sudah serta sedang ditayangkan. Itu semua sekadar angka atau nombor sahaja.
Aku tahu jumlahnya memang banyak.
Tapi setakat banyak sahaja, tidaklah membanggakan. 
Kalau setakat filem banyak, tapi penontonnya tak banyak, apalah gunanya. 
Macam buat karipap. Kalau setakat banyak yang nak jual karipap, tapi tak ramai yang hendak membelinya tentu ada sebab mengapa karipap itu tak laku.
Cuma yang aku kagum adalah semangat orang yang membuat filem ini. Mereka terus buat. Yang tak pernah buat filem pun, ada hati hendak buat. 
Tak apalah...

Comments

Popular posts from this blog