Posts

Filem Melayu semakin lesu dan layu?

Apa sudah jadi dengan filem kita, terutama filem Melayu? Semakin lesu dan layu saja. Berbanding tiga atau lima tahun lalu, promosi atau cerita pasal filem Melayu sentiasa menjadi bahan utama dalam akhbar, majalah dan tidak kurang juga portal hiburan. Hari ini agak pelik. Semakin banyak filem Melayu diterbitkan, macam semakin kurang pasal publisiti dan promosinya.  Hari ini, walaupun semakin banyak media sosial dan portal hiburan, tetapi tidak banyak yang memperkatakan pasal filem tempatan.  Panggung wayang juga semakin banyak. Setiap kali ada shopping complex baru buka, selalunya ada panggung wayang atau cineplex dibina juga. Aku tidak hendak untuk bercakap pasal statistik filem tempatan yang sudah siap dan sudah serta sedang ditayangkan. Itu semua sekadar angka atau nombor sahaja. Aku tahu jumlahnya memang banyak. Tapi setakat banyak sahaja, tidaklah membanggakan.  Kalau setakat filem banyak, tapi penontonnya tak banyak, apalah gunanya.  Macam buat kar...

Orang muda yang perasan, syok sendiri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sudah lama blog ini direka oleh kawan, tetapi tidak tahu macam mana hendak memulakannya. Terkial-kial mencari topik yang sesuai untuk ditulis dan boleh dikongsi. Bekerja sehingga lewat malam memang meletihkan. Tapi di Kuala Lumpur ini, apabila balik lewat malam, aku boleh melihat macam-macam gelagat manusia di jalan raya. Ada yang suka berlumba tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Tak pasal-pasal kita pula yang risau. Bukan risau mereka yang berlumba, tapi aku risau pada diri sendiri. Mana tau, kereta mereka itu terbabas dan melambung ke arah aku ... Minta-minta dijauhkan perkara macam ini. Pada hujung minggu, selalunya pada hari Sabtu malam Ahad, aku selalu nampak budak-budak muda melepak dengan motosikal di stesen minyak Petronas di Solaris Serdang di tepi lebuh raya PLUS menghala ke selatan dekat dengan hentian Serdang. Mereka ini berbangga berkumpul beramai-ramai. Entah apa tujuannya pun tak tahulah. Paling sedih merek...
Salam sejahtera dan Salam hormat.